Friday 1 May 2015

Rm275
Yang berminat boleh tinggalkan comment anda

Jerangau merah asli sukar hidup jikalau tanahnya tdk sesuai.
Adalah satu pembohongan jikalau seseorang mengatakan jerangau merah asli senang di tanam.Kerana  saya sendiri memakai tanahnya yang asal dari tempat jerangau itu di temui dan di dapati.
Jerangau merah asli yang di pelihara daripada tanah asalnya lebih berkesan berbanding dengan jerangau merah asli yang di pelihara yang bukan di tanam daripada tanah asalnya.

Perbezaan jerangau merah asli dengan jerangau putih.

Mana kala Jerangau putih perbezaannya ialah di bawah daunnya tidak ada warna keungguan.
Jerangau putih pula kita senang sikit dapati berbanding dengan jerangau merah asli.kerana jerangau putih boleh hidup di tempat tanah yang rata dan tidaklah sangat memilih tempat. mana kala jerangau merah asli dapat di temui di tempat pergunungan dan bukit-bukau.

Jerangau merah asli suka hidup...

Jerangau merah asli hidup di atas tanah yang bergambut juga subur.Jerangau merah asli hidup bertompok tompok.Jerangau merah asli hidup merangkak atas daun daun kayu yang telah mati dan reput seperti yang saya tunjukkan gambar di sini.

Jerangau merah asli

Jerangau merah asli biasanya amat sukar di dapati.Jerangau merah asli walaupun kita mencarinya di hutan yang tebal namun sukar di temui,kerana jerangau merah asli sangatlah memilih tempat untuk hidup.
Jerangau merah asli hanya didapati di pergunungan dan bukit-bukau yang hutannya tebal.

Warna Jerangau Merah Asli

Apabila saya bersama bapa saya pergi  untuk menyambut abang saya dari Ramudu,berjalan kaki melalui hutan selama 3 jam dari rumah,tiba-tiba bapa saya berhenti sambil mencungkil daun daun kayu yang sudah gugur dan mati di sekeliling jerangau itu dengan tongkatnya,sambil memberitahu dan menunjukkan pada saya.Ini adalah yang disebut "JERANGAU MERAH".  Jerangau ini adalah ubat org tua dulu dulu seperti sakit perut, cirit birit dan sebagainya katanya, sambil dia petik dan suruh saya mencuba kunyahnya.Jerangau merah ini lebih mujarab dan kuat daripada jerangau putih dan paling susah dan jarang dijumpai katanya lagi.Dari situlah saya semakin lebih suka ingin tahu mengenai jerangau ini.Kebetulan bapa saya ada menanam jerangau putih hampiran sawahnya.Keesokkan petang harinya dia membawa saya ke tempatnya menanam jerangau putih itu dan tunjukkan pada saya perbezaan kedua-dua jerangau itu dan menanam jerangau merah yang di dapati itu berdekatan dengan jerangau putih itu lagi. Saya benar-benar mau pastikan dan bertanya padanya,"bapa benarkah ini jerangau merah dan putih"?lalu dia  menjawab dengan tegas,jikalau ada org yang mengatakan ini bukan jerangau merah dan putih,saya tidak tahu lagi katanya.Orang itu adalah orang yang tidak tahu mengenai jerangau tambahnya lagi.Oleh kerana orang tua saya yang tunjukkan pada saya dengan usianya yang sudah meningkat 79 tahun,disini lah saya  mendapat satu PENGETAHUAN,KEPASTIAN KEASLIAN dan PERBEZAAN antara kedua-dua jenis jerangau tersebut.Jerangau merah asli batang pokoknya berwarna merah ungu tua dan bawah daunnya juga berwarna merah ungu tua.Bunganya berwarna kuning keemasan.

Jerangau ini di dapati dan di ambil dari hutan tebal BARIO.