Friday, 1 May 2015

Warna Jerangau Merah Asli

Apabila saya bersama bapa saya pergi  untuk menyambut abang saya dari Ramudu,berjalan kaki melalui hutan selama 3 jam dari rumah,tiba-tiba bapa saya berhenti sambil mencungkil daun daun kayu yang sudah gugur dan mati di sekeliling jerangau itu dengan tongkatnya,sambil memberitahu dan menunjukkan pada saya.Ini adalah yang disebut "JERANGAU MERAH".  Jerangau ini adalah ubat org tua dulu dulu seperti sakit perut, cirit birit dan sebagainya katanya, sambil dia petik dan suruh saya mencuba kunyahnya.Jerangau merah ini lebih mujarab dan kuat daripada jerangau putih dan paling susah dan jarang dijumpai katanya lagi.Dari situlah saya semakin lebih suka ingin tahu mengenai jerangau ini.Kebetulan bapa saya ada menanam jerangau putih hampiran sawahnya.Keesokkan petang harinya dia membawa saya ke tempatnya menanam jerangau putih itu dan tunjukkan pada saya perbezaan kedua-dua jerangau itu dan menanam jerangau merah yang di dapati itu berdekatan dengan jerangau putih itu lagi. Saya benar-benar mau pastikan dan bertanya padanya,"bapa benarkah ini jerangau merah dan putih"?lalu dia  menjawab dengan tegas,jikalau ada org yang mengatakan ini bukan jerangau merah dan putih,saya tidak tahu lagi katanya.Orang itu adalah orang yang tidak tahu mengenai jerangau tambahnya lagi.Oleh kerana orang tua saya yang tunjukkan pada saya dengan usianya yang sudah meningkat 79 tahun,disini lah saya  mendapat satu PENGETAHUAN,KEPASTIAN KEASLIAN dan PERBEZAAN antara kedua-dua jenis jerangau tersebut.Jerangau merah asli batang pokoknya berwarna merah ungu tua dan bawah daunnya juga berwarna merah ungu tua.Bunganya berwarna kuning keemasan.

Jerangau ini di dapati dan di ambil dari hutan tebal BARIO.

2 comments:

  1. salam...saya ada menanam jerangau merah (postage dari bario) ... cuma jerangau saya bahagian bawah daunnya tidak merah...kalau saya boleh email gambar kepada tuan...mungkin tuan boleh confirmkan


    boleh share email tuan atau no wasap

    ReplyDelete